Seiring dengan arus pembangunan dan globalisasi yang
kian pesat, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan wadah baru
masyarakat hari ini di mana semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu
memanfaatkannya. Adalah menjadi kewajipan untuk setiap jururawat di hospital
dan klinik-klinik kesihatan bagi membudayakan penggunaan ICT supaya budaya ICT
itu akan menjadi komponen lazim dalam kehidupan untuk melahirkan masyarakat
yang bermaklumat tentang penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit. Bak kata pepatah,
“prevention is better than cure”.
Di samping itu, amatlah wajar penggunaan ICT ini
dapat diaplikasikan oleh setiap jururawat dalam penyampaian perkhidmatan jagaan
kesihatan kepada rakyat walau di ceruk mana sekalipun bagi pencegahan penyakit
dan membantu mencapai tahap perkhidmatan yang berkualiti sejajar dengan
matlamat Pusat Perubatan UKM.
Jesteru itu, bagi membudayakan ICT di kalangan jururawat, saya memerlukan pandangan,
cadangan atau pendapat dari rakan - rakan untuk kenyataan di atas. Terima
kasih.
Saya amat bersetuju dengan pendapat Nor Rina bahawa membudayakan ICT di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut.Kita perlu bergabung tenaga dalam mencetuskan idea-idea untuk melakukan penambahbaikan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi melalui bidang kepakaran.
ReplyDeleteSITI ROKIAH YUSOF ( A134816 )
Sebagai seorang jururawat yang berada di era dunia ICT ,mestilah mengetahui dan mengaplikasikannya di dalam kerjaya tersebut.Kita mestilah seiring dengan perkembangan ICT supaya tidak ketinggalan dan dapat menjalankan kerja dengan lebih cepat dan sistematik.sesuatu penambahbaikan perlu dilakukan demi untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti untuk kebaikan organisasi dan kepuasan hati pelanggan.
ReplyDeleteROZANI SULAIMAN(A 134822)
Membudayakan ICT di kalangan jururawat amat penting kerana di era ini perkembangan ternologi dalam bidang perubatan berlaku dengan begitu pantas sekali.Seharusnya kita sebagai seorang jururawat perlu mahir dalam bidang IT ini.
ReplyDeleteSaya juga amat bersetuju dengan pendapat Nor Rina dan siti bahawa membudayakan ICT di kalangan jururawat adalah satu keperluan di dalam memantapkan kualiti perkhidmatan kejururawatan di mana memerlukan kemahiran serta kepakaran khas di dalam bidang tersebut
ReplyDeleteMEMBUDAYAKKAN ICT DIKALANGAN JURURAWAT
ReplyDeleteKEYAKINAN DIRI DAN SIKAP TERHADAP ICT
Persediaan dan penerimaan jururawat terhadap perkembangan dan pengaruh ICT dalam kehidupan seharian bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Jururawat perlu menyediakan diri mengikut tren teknologi perubatan terkini bagi mencapai harapan klien yang semakin menigkat.
LAPORAN KEJURURAWATAN
Setiap laporan kejururawatan yang disediakan oleh jururawat perlulah menggunakkan komputer. Dengan adanya kemudahan seperti ini, kemahiran jururawat berkaitan ICT ini dapat di tingkatkan lagi.
SISTEM ONLINE
Mewujudkkan sistem online setiap pesanan yang hendak di buat . Contohnya pesanan ubatan pesanan barang stor , pesanan darah dan sebagainya. Ini adalah penting untuk jururawat mempraktikkan penggunaan teknologi komputer dan menggurangkan penggunaan boring pesanan. Oleh demikian, secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kesilapan dalam pemberian rawatan. Sebagai contoh, penggunan system OMS di wad, yang mana telah memudahkan jururawat untuk memperolehi keputusan darah pesakit yang telah di hantar ke makmal. Sistem ini juga dapat mempermudahkan jururawat dan doktor memberi perawatan segera bagi mengelakkan komplikasi kepada pesakit.
KURSUS BERKAITAN ICT
Mewujudkkan kursus berterusan berkaitan ICT kepada setiap jururawat. Para jururawat perlu di beri pendedahan dan ilmu yang boleh di praktikkan bagi mempermudahkan urusan perawatan kepada pesakit di dalam wad.
PERANAN ORGANISASI
Organisasi memainkkan peranan yang penting dalam membudayakan ICT di kalangan jururawat. Organisasi perlu menyediakkan peralatan komputer yang mencukupi di setiap wad supaya jururawat dapat menjalankan perawatan yang segera terhadap pesakit. Program-program berkaitan ICT juga perlu diadakkan secara berterusan supaya setiap pekerja terutamanya jururawat dapat memperbaiki kelemahan dalam penggunaaan computer disamping dapat menambahkan ilmu berkaitan ICT.
NAMA : SUZELAH SELAMAT
NO. MATRIKS: A 135261
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN DENGAN KEPUJIAN (SEPARUH MASA)
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2
SEMESTER : 2 (2011/2012)
Membudayakan ICT di kalangan jururawat adalah menjadi kewajipan supaya dapat melahirkan jururawat yang berkebolehan dan berkemahiran dalam jagarawatan pesakit. Justeru itu peranan pelbagai pihak amat penting supaya jururawat dapat membudayakan ICT dalam kerjaya mereka.
ReplyDeleteSaya bersetuju dan berpendapat anda dengan huraian bahawa penggunaan ICT dikalangan jururawat pada masa kini dapat membantu dalam memberi perawatan kepada pesakit dengan lebih efisien.
ReplyDeleteSememangnya kita harus sentiasa seiring dengan peredaran zaman. Tidak kira dalam bidang apa sekalipun, IT kini menjadi salah satu kebanggaan dan melambangkan kemodenanan dan kecanggihan di era kini.
ReplyDeleteAmatlah wajar penggunaan ICT ini dapat diaplikasikan oleh setiap jururawat dalam penyampaian perkhidmatan jagaan kesihatan kepada rakyat walau di ceruk mana sekalipun bagi pencegahan penyakit dan membantu mencapai tahap perkhidmatan yang berkualiti serta cemerlang
ReplyDeleteICT telah digunakan secara meluas diera ini..manusia di seluruh dunia berlumba-lumba melambakkan inovasi dan teknologi mereka yang canggih..sebagai seorang jururawat kita juga perlu mengambil peluang ini mengambil tahu, serta mendalami serta 'up grade' info teknologi terkini di dalam perubatan khasnya
ReplyDeleteSeseorang jururawat dapat merangka perawatan yang berkesan dan berterusan bagi membawa perubahan dinamik dalam penjagaan dan perawatan pesakit. Kelebihan internet secara berterusan dapat membantu jururawat dalam melancarkan proses jagarawatan pesakit melalui pelbagai perkara contohnya dari segi perawatan,ubat-ubatan,penjagaan rawatan pesakit dirumah,rawatan susulan,keselamatan pesakit di wad dan dirumah.Dengan adanya internet berterusan di dalam bidang kejururawatan ini dapat meningkatkan pendidikan jururawat dalam memberi perkhidmatan terbaik bagi pesakit-pesakit.
ReplyDelete'Prevention is better than cure' tetapi bagi pesakit yang berada diwad adalah menjadi tanggungjawab jururawat bersama kakitangan perubatan yang lain memberikan rawatan terbaik agar pesakit segera sembuh dengan penggunaan ICT serta bantuan peralatan yang semakin canggih dan berteknologi tinggi.
ReplyDeleteSelari dengan perkembangan teknologi perubatan, inovasi teknologi maklumat juga telah memudahkan maklumat disampaikan kepada mereka yang dipertanggungjawab mengendali teknologi berkenaan terutama para jururawat. Oleh itu, adalah penting bagi jururawat untuk sentiasa bergerak seiring dengan perkembangan teknologi bagi memastikan sumbangan mereka sentiasa relevan.
ReplyDeletesaya sangat bersetuju dengan penggunaan ICt di kalangan jururawat kerana penggunaan adalah di perlukan seharian.TaHnIah kepada kekawan Lain juaga yang telah memberikan pendapat.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan komen di atas.Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membudayakan ICT di kalangan jururawat.Pihak pengurusan kejururawatan perlulah memberi pelepasan kepada jururawat yang ada agar menghadiri kursus dengan memberi kelonggaran kepada jururawat untuk bercuti supaya menghadiri kursus membudayakan ICT.Oleh itu membudayakan ICT dikalangan jururawat dapat diteruskan dengan jayanya.
ReplyDelete