Wednesday 6 June 2012

BIODATA SAYA


BIODATA

 
NAMA                            :    NOR RINA BINTI MAHAWAR

NO. MATRIK                :    A 134817

PROGRAM                   :    IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN (SEPARUH MASA)

TAHUN PENGAJIAN  :    TAHUN 2

SEMESTER                  :    2

SESI                              :    2011/2012

TUTORIAL                  :    HARI         :    ISNIN
                                           MASA       :    1600 - 1800
                                           TEMPAT   :    MAKMAL TERABYTE
 
EMAIL                         :   asyahmina@yahoo.com
 
FACEBOOK                :    RINA MAHAWAR
 
BLOG                          :    rinamahawar.blogspot.com
 
NO. TELEFON           :    019-2039375
 
ALAMAT KERJA      :    UNIT KAWALAN INFEKSI, PUSAT PERUBATAN UKM,
                                         JALAN YA'ACOB LATIF, BANDAR TUN RAZAK,
                                         56000 CHERAS, KUALA LUMPUR.
 
ALAMAT RUMAH   :    SENTUL, KUALA LUMPUR.
 
 




1O FOTO BAHAN BANTUAN MENGAJAR (BBM) INOVASI

MINI AKUARIUM

Barang dan peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :
  • botol plastik minuman 1.5 liter,
  • batu perhiasan / rumpai air perhiasan,
  • ikan hidup atau stiker ikan,
  • reben / net telur terbuang,
  • gam UHU,
  • gunting dan 
  • pisau  
     
     

    10 FOTO BBM DARI PELBAGAI PANDANGAN / SUDUT

    GAMBAR 1 :
    Dari pandangan depan.

      

    GAMBAR 2:
    Dari pandangan  paling dekat (zoom in) dan depan.

      GAMBAR 3:
    Dari pandangan atas dengan penutup mini akuarium terbuka.

      
     GAMBAR 4:
    Dari pandangan atas dengan penutup mini akuarium tertutup.

       
     
    GAMBAR 5:
    Pandangan dari sisi dengan penutup akuarium terbuka untuk dimasukkan ke bahagian tapak / bawah mini akuarium.

      
    GAMBAR 6:
    Pandangan dari atas.


     
    GAMBAR 7:
    Pandangan dari sisi dengan penutup mini akuarium tertutup untuk dimasukkan ke bahagian tapak / bawah mini akuarium.



    GAMBAR 8 :
    Pandangan dari sisi  kiri dengan penutup mini akuarium terbuka.



    GAMBAR 9 :
    Pandangan dari sisi  kanan dengan penutup mini akuarium terbuka.

      

Wednesday 30 May 2012

10 VIDEO TEKNOLOGI DAN INOVASI

1.  AUTO WUDHU WASHER 



2.  WATCH-PAT200




3.  VSCAN MOBILE IMAGING




4.  ISOCLEAR



5.  THERMO CHECKER



6.  T-HALER


7.  MEDQUIP PENGUIN NEBULIZER



8.  THOUGHT-CONTROLLED WHEELCHAIR BY TOYOTA



9.  3M™ LITTMANN ELECTRONIC STETHOSCOPE




10.  ACCUVEIN AV300





11.  ALIVECOR iPHONE ECG (ELECTROCARDIOGRAM)




12.  SAINS KOMPUTER : MASA DEPAN KOMPUTER GENERASI KE-5




13.  HAND HYGIENE MUSIC VIDEO






14.  BBM : KOTAK SERBAGUNA DIPERBUAT DARIPADA BOTOL COCA-COLA 2 LITER 



Thursday 17 May 2012

10 FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI

1.  AUTO WUDU WASHER

Gambar: Ketua Imam Masjid Jamek, Mohd. Adam Sarpan mengambil wuduk menggunakan Auto Wudu Washer

Idea inovasi Auto Wudu Washer telah dicetuskan oleh seorang juruterbang, Anthony Gomez, semasa beliau melihat peristiwa kesukaran kira-kira 40 umat Islam mengambil wuduk daripada sebuah besen di atas sebuah feri. Pengalaman itu dilaluinya ketika beliau menaiki feri dalam perjalanan dari Jordan ke Mesir pada tahun 2006.

Namun kemudian ia telah dikomersialkan untuk dipasarkan kepada pembeli yang berminat. Model ini direka dengan dua sinki di mana pada bahagian atas ianya untuk membasuh bahagian muka, kepala dan tangan manakala sinki bawah untuk bahagian kaki. Oleh kerana mesin ini automatik, ia mampu mengawal jumlah penggunaan air semasa berwudhuk. Rekaan ini turut dibuat daripada plastik yang disalut bahan anti-fungal dan bakteria yang menghalang pembiakan dua mikroorganisma tersebut.


2.  USB INDOOR-OUTDOOR THERMOMETER III



Alat USB yang berfungsi sebagai termometer mungkin sudah banyak di pasaran tetapi yang boleh mengukur suhu di dalam dan di luar ruangan mungkin belum banyak kita temui. USB Indoor-Outdoor Thermometer III adalah alat USB pengukur suhu di dalam dan luar ruangan yang semua datanya boleh kita simpan di dalam Excel mahupun boleh dilihat secara langsung real-time malalui MSN Messenger

Dengan bantuan aplikasi, kita boleh setkan aplikasi ini untuk mengirim email apabila suhu yang ada melebihi batas maksimum yang telah ditentukan sehingga bila anda sedang memantau suhu di ruang server, alat ini tentu sangat membantu supaya server tidak meledak. Sayangnya kabel yang disertakan hanya sepanjang 90 sentimeter, di mana ianya sangat pendek terutama untuk meletakkan sensor di luar ruangan.


3.  E-ROKOK


E-rokok adalah satu cara elektronik untuk menghentikan tabiat merokok. Alat ini kelihatan dan rasa seperti rokok. Asap yang dihembus keluar juga kelihatan seperti asap yang sebenar. Tetapi itu sahaja persamaan di antara rokok sebenar dan e-rokok.

E-rokok tidak berbau dan tidak berasap serta tidak akan membunyikan alat pengesan asap. Ia juga dilengkapi alat pengecas, bateri, katrij dan pemipit. Bahagian kartrij, bateri dan gabus dipasang sekali agar e-rokok kelihatan seperti sebatang rokok biasa.

Sementara itu, apabila pengguna menyedut dengan menggunakan e-rokok, aliran udara dikesan dengan bantuan sensor. Sebuah mikropemproses kemudiannya akan mengaktifkan gabus yang menukar kandungan nikotin kepada kepulan gas berwap. Kabus wap ini disedut oleh pengguna tersebut.

Walaubagaimanapun, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tidak ada kajian dilakukan untuk menguji keberkesanan e-rokok yang dikatakan dapat menggalakkan perokok-perokok menghentikan tabiat atau mengawal tabiat mereka.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesahkan keadah ini kerana kekurangan data tetapi apa yang penting adalah isu amalan merokok akan membahayakan kesihatan.

Menurut Liow, nikotin masih akan membahayakan kesihatan.“Walaupun e-rokok tidak mengandungi 4,000 lagi bahan kimia berbahaya yang terkandung dalam rokok biasa,” ujarnya. Katanya, e-rokok perlu didaftarkan di bahagian farmaseutikal di kementeriannya kerana mengandungi nikotin.




4. KAKI PALSU BERTEKNOLOGI ROBOT

  
Berita baik untuk para pengguna kerusi roda yang sudah ingin sangat berjalan kaki. Kini penemuan teknologi kaki palsu berasaskan robot sudah terhasil dicipta dan sedia diuji. Kaki robot buatan Selandia baru yang diberi nama Rex itu telah berjaya menjalankan tugasnya sebagai pengganti kaki.

Robot kaki buatan perusahaan Rex Bionics yang bermarkas di Auckland ini mempunyai banyak keunggulan apabila dibandingkan dengan kerusi roda. Rex boleh mengatur gerak kaki secara seirama sesuai dengan pola langkah yang sudah ditentukan oleh si pemakai. Selain itu, dengan sering mamakai alat ini, si pengguna secara tidak langsung akan melatih saraf kaki yang sudah lama tak aktif disebabkan jarang digunakan.

Alat ini menggunakan tenaga bateri yang boleh dicaj semula. Dengan seberat sekitar 38 kilogram dan tinggi antara 120 sentimeter hingga 180 sentimeter, Rex akan sesuai digunakan sebagai pengganti kerusi roda.



5.  TEKNOLOGI KEKUATAN OTAK GERAKKAN KERUSI RODA



Siapa sangka di masa depan kita dapat menggunakan fikiran atau otak kita untuk menggerakkan alat-alat pengangkutan dan berbagai jenis penggerak lainnya.

Hal ini mungkin terjadi, kali ini Toyota telah membuat lompatan jauh ke depan dalam pengembangan teknologi kontrol. Toyota berhasil mengembangkan cara mengendalikan kerusi roda dengan gelombang otak. Penggunanya tidak perlu menggerakkan satu otot pun atau meneriakkan perintah. Sistem menggerakkan benda dengan menggunakan gelombang otak ini di sebut Brain Machine Interface (BMI).

Kelebihan sistem yang dikembangkan Toyota kali ini merupakan sistem yang tercepat di dunia dalam hal menganalisa gelombang otak. Sistem yang ada selama ini mengambil masa beberapa detik untuk membaca dan menganalisa gelombang otak. Teknologi Toyota hanya mengambil masa 125 mili detik. 1 mili detik sama dengan seperseribu detik. Ertinya dengan kepantasan seperti itu, pengguna tidak merasakan lambat di antara masa yang diinginkan dengan respon kerusi roda.

Pengguna kerusi roda menggunakan tutup kepala yang dilengkapi elektrod untuk membaca gelombang otak yang diteruskan ke brain scan electroencephalograph atau EEG, yang diterjemahkan menjadi gerakan oleh kerusi roda listrik.


Sistem ini memungkinkan penggunanya bergerak ke kiri atau ke kanan dan maju kehadapan seketika. Namun untuk berhenti, tidak boleh sekadar memikirkannya. Pengguna harus menggelembungkan pipinya yang akan diterjemahkan detektor yang ada di wajahnya sebagai tanda berhenti.


6.  GLUCOGRIP: MENYUKAT KADAR GULA DALAM DARAH TANPA TERLUKA


GlucoGrip adalah konsep kit berteknologi tinggi yang berkualiti untuk mengesan kadar gula dalam darah. Ia direka khusus untuk mengurangkan kos perubatan seperti dengan menggabungkan agronomi dan teknologi yang sederhana dan mudah digunapakai.
Alat tunggal ini menggabungkan 'lancing' dan penganalisa darah, mengurangkan masa dan gerak untuk mengumpulkan titisan darah yang diperlukan tidak meninggalkan kesan pada kulit. Antara kelebihan menggunakan GlucoGrip membolehkan pengguna menggunakannya dengan lebih mudah dan tidak meninggalkan kesan tusukan jarum. Selain itu, ia mempunayai memori untuk menyimpan data-data kesihatan yang lepas.


7.  PERANGKAT KERUSI RODA MASA DEPAN WHILL


Tidak semua orang mampu membeli kerusi roda listrik, namun pengguna kerusi roda ingin mengawal kerusi rodanya sendiri. Jadi, mengapa tidak mengubah kerusi roda mereka ke dalam sebuah kenderaan listrik untuk menyelesaikan masalah tersebut? Dengan alasan tersebut, beberapa pereka telah menciptakan WHILL, sebuah perangkat yang dapat mengepit roda dari sebuah kerusi roda dan dapat menggerakannya dengan menggunakan tenaga listrik.
Disokong dengan tegangan motor 24-volt dan bateri lithium-ion. Bateri dicajkan selama dua jam untuk boleh berfungsi sepenuhnya, dan dapat digunakan sekitar 30 kilometer dengan kelajuan yang boleh dicapai sehingga 20 km / jam. WHILL ini dapat  mengubah arah atau menyesuaikan kelajuan, pengguna boleh mudah menyelesaikan tugas-tugas melalui perangkat yang  melengkung yang berhubung ke bahagian kontrol.


8.  USG iBABY




USG atau ultrasonografi biasanya digunakan untuk memeriksa kandungan. Biasanya alat ini hanya terdapat di hospital dan bayarannya cukup mahal sekiranya menggunakannya. Namun kini dengan iBaby anda tidak perlu lagi pergi ke hospital dan membayar mahal untuk memeriksa kandungan anda dengan menggunakan USG.

iBaby akan membawa teknologi smartphone khususnya iPhone kita menuju ke peringkat yang lebih tinggi. USG portabel ini dibuat untuk mengawasi bayi dalam kandungan dengan mudah secara terus langsung dari rahim. Terhubung terus ke iPhone, USG ini dapat menangkap gambar USG bayi belum lahir dan mungkin untuk memberitahu dengan cepat kepada doktor, anggota keluarga dan teman-teman anda dalam menanti masa kelahiran bayi. Hal ini mungkin berlaku kerana USG ini dilengkapi dengan teknologi wifi. Selain itu, hasil scan USG dapat juga langsung dicetak kerana alat USG ini dapat juga dihubungkan dengan pencetak (printer).



9.  RADIO PORTABLE X-RAY


Terinspirasi dari pengalaman peribadinya sendiri yang menunggu terlalu lama di hospital untuk x-ray, Francois Rybarczyk menciptakan sebuah alat yang disebut 'Radio portable x-ray'. Alat ini merupakan sebuah alat yang sama yang digunakan untuk melihat tembus pandang ke dalam tubuh kita.

Dengan adanya alat ini, kita boleh melihat tulang kita yang rosak, patah ataupun ada sebarang keabnormalan lain dalam tubuh badan kita sendiri tanpa menunggu lama di hospital. Namun demikian, kita tentu tahu bahawa penggunaan radiologi (sinaran x-ray) yang kerap juga adalah tidak baik untuk kesihatan. Oleh itu, meskipun kita boleh melihat atau menggunakannya sendiri tetapi alangkah baiknya jika kita tidak kerapkali menggunakannya.



10.  PRESSPANIC: APLIKASI ANDROID UNTUK MENCARI HOSPITAL YANG BERHAMPIRAN



PressPanic merupakan sebuah aplikasi Android dan iPhone yang boleh digunakan untuk mencari dan menemukan lokasi hospital yang berhampiran. Dengan hanya menekan tombol "panic", anda akan menemukan di mana lokasi hospital yang terdekat yang ada di daerah anda berada, berserta dengan informasi alamat, nombor telefon dan jarak jauh rumah anda dengan hospital yang terdekat tersebut.

Aplikasi PressPanic ini sangat berguna sekali ketika anda melancong atau menjelajahi daerah yang belum pernah anda jelajahi. Sehingga anda boleh menemukan hospital yang terdekat jika anda mengalami sesuatu gangguan kesihatan dalam perjalanan anda dengan mudah meskipun sebelumnya anda tidak pernah tahu tentang daerah tersebut.

Aplikasi PressPanic ini menggunakan General Packet Radio Service (GPRS) untuk menemukan lokasi hospital yang terdekat. sayangnya anda harus mengaktifkan sendiri dahulu sistem GPRS di handphone anda, disebabkan PressPanic tidak boleh secara automatik mengaktifkan GPRS ini dan disebabkan pereka Aplikasi PressPanic ini adalah seorang Doktor Haiwan, maka anda tidak hanya boleh mencari hospital manusia tetapi juga boleh menemukan lokasi hospital haiwan yang berhampiran. 



11.  mCHIP : ALAT UJIAN DARAH HIV PORTABLE BERSAIZ KAD KREDIT

 
Alat ujian darah portabel mChip yang direka oleh ilmuwan dari Universiti Columbia di New York ini, dapat melakukan ujian darah anda dan terus langsung dapat mengetahui hasil keputusan darah tersebut. mChip adalah alat ujian darah portabel yang hanya berukuran saiz kad kredit yang direka khusus untuk tujuan ini. Berbagai ujian telah dilakukan dan kesinpulannya, bahawa alat ini memiliki akurasi sehingga 95%.

Pada umumnya, cara kerja mChip sangat sederhana dan sama dengan ujian darah yang lain. Sebuah jarum akan terpasang pada salah satu hujung mChip untuk mengambil sampel darah anda. Kemudian darah anda akan melewati 10 zon yang dikenalpasti untuk menganalisa, sama ada keputusan darah  tersebut adalah positif atau negatif pada HIV atau Sifilis. Waktu yang diperlukan untuk memproses ujian darah ini sekitar 15 minit, dan dengan sejenis kod berwarna seperti merah, kuning, hijau atau yang lain, hasil ujian akan dikemukakan.



12.  ALAT PEMERIKSAAN KANSER PAYUDARA PORTABLE


Nihon University telah memperkenalkan sebuah alat pemeriksaan kanser payudara portabel yang tergolong dalam saiz yang kecil dan cukup ringan untuk dipegang oleh satu tangan dan diterapkan pada payudara.
Alat ini menggunakan teknologi yang disebut "phase shift method" iaitu sejenis pemancar dan penerima elemen cahaya menggunakan light-emitting diode (LED) yang akan dipancarkan di payudara. Sistem ini adalah sebagai berikut:
Alat pemeriksaan tersebut akan memancarkan cahaya dengan panjang gelombang 850nm dan mengesan cahaya yang dipantulkan dari payudara. Jika dikesan ada kanser maka warna yang dipantulkan akan sedikit berbeza (berwarna merah) dari warna daerah sekitarnya disebabkan konsentrasi pembuluh darah. Ini terjadi kerana, lebih banyak cahaya yang diserap di daerah yang terserang kanser, sehingga mengurangi jumlah cahaya yang dipantulkan dari daerah tersebut. Walau bagaimanapun, alat ini sedang diujikaji dengan menggunakan binatang.

Dengan adanya alat ini akan banyak nyawa yang boleh diselamatkan dengan mengesan awal dan mendapatkan rawatan dengan segera.


13.  PREVUE : USG PORTABLE


PreVue yang telah direka oleh Melody Shiue adalah sebuah alat 4D ultrasonografi (USG) portabel yang sama seperti dengan alat untuk melihat kandungan yang ada di hospital. PreVue ini bersifat portabel dan cara pemakaian PreVue juga sangat simple. Dengan hanya mengikatkannya ke perut ibu kemudian mengaktifkannya maka anda boleh melihat gambar bakal bayi anda dalam bentuk 4D. Dengan alat ini anda tidak perlu berulang-alik ke hospital untuk memeriksa kandungan. Dan anda akan dapat memantau setiap saat perkembangan bakal bayi anda di rumah sehingga rasa khuatir akan berkurangan.

Monday 14 May 2012

MEMBUDAYAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DI KALANGAN JURURAWAT


Seiring dengan arus pembangunan dan globalisasi yang kian pesat, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan wadah baru masyarakat hari ini di mana semua insan alaf baru terpaksa kenal dan tahu memanfaatkannya. Adalah menjadi kewajipan untuk setiap jururawat di hospital dan klinik-klinik kesihatan bagi membudayakan penggunaan ICT supaya budaya ICT itu akan menjadi komponen lazim dalam kehidupan untuk melahirkan masyarakat yang bermaklumat tentang penjagaan kesihatan bagi mencegah penyakit. Bak kata pepatah, “prevention is better than cure”.

Di samping itu, amatlah wajar penggunaan ICT ini dapat diaplikasikan oleh setiap jururawat dalam penyampaian perkhidmatan jagaan kesihatan kepada rakyat walau di ceruk mana sekalipun bagi pencegahan penyakit dan membantu mencapai tahap perkhidmatan yang berkualiti sejajar dengan matlamat Pusat Perubatan UKM.

Jesteru itu, bagi membudayakan ICT di kalangan jururawat, saya memerlukan pandangan, cadangan atau pendapat dari rakan - rakan untuk kenyataan di atas. Terima kasih.